Wednesday, 17 June 2009

Rindu

Kata orang rindu itu indah
Rindu itu rasa yang istimewa
Kamus mendefinasikan rindu ialah ingatan pada orang yang tiada bersama kita
Pujangga mengatakan rindu itu perasaan indah orang yang saling berkasih sayang
Kata best friend rindu itu rasa yang datang dari hati untuk orang yang kita ingat
Kata Shira rindu tu bila teringat kat org yg kita sayang or suka..
Rindu memang rasa yang best..tapi rindu bagi saya satu rasa yang tiada noktahnya...kekadang sangat menyeksakan...

Kerana rindu saya jadi begini
Kerana rindu saya jadi pelarian
Kerana rindu hati dan perasan saya tepu
Kerana rindu saya jadi orang yang lemas
Kerana rindu saya mengerti yang sayang itu kadang kala menyakitkan
Kerana rindu saya belajar menjadi tabah
Kerana rindu saya yakin saya masih berperasaan
Kerana rindu saya percaya Allah masih sayangkan saya
Dan..kerana rindu saya masih begini....

No comments: