Seorang kawan datang pada saya dengan muka yang sedih. Katanya cintanya sudah dibawa pergi. Dia sedih dan kecewa. Kata saya pada dia, 'bersabarlah kerana setiap orang berhak untuk merasa bahagia'. Alhamdullilah kata-kata saya mampu membuat dia berhenti menangis. Berulang kali dia mengulangi kata-kata saya hingga kata2 itu dijadikan status YM nya..
3 bulan yang lalu, kawan saya sudah selamat menjawat jawatan sebagai isteri suaminya. Dia dapat offer tu 6 bulan yang lalu. After 3 bulan bertunang, dia tanpa ragu2 menerima watikah perlantikan sebagai seorang isteri dan sekarang ini bakal ibu. Tahniah buat dia. Semasa menghadiri kenduri nikah dia, sempat dia berbisik pada saya, ‘Thanks D..Setiap orang berhak untuk merasa bahagia…’
Kerana yakin setiap orang berhak untuk merasa bahagia ler saya jadi begini…kerana kata-kata itu ler saya biarkan lelaki-lelaki itu pergi dari idup saya tanpa rasa benci dan dendam…Kerana itu ler setiap kali kenangan2 itu membuat intipan di waktu sunyi saya masih boleh tersenyum dan pujuk hati sendiri..Biar ler..just let it gone…
Saya bukan lemah orangnya.. saya bukan nya malas nak fight utk kebahagiaan saya…saya bukan tak tau sedih bila putus kasih… saya bukan tak berperasaan orangnya..kata adik2 saya ni YB..Along Yang Brutal..kerana bagi saya..kalau btul lelaki itu sayangkan saya..dia yg akan fight untuk saya..kalau sayang nya ikhlas dan yakin saya memang tercipta utk dia..rasa itu akan datang secara natural nya..tak perlu saya pujuk2 dia..yakinkan dia saya ble jadi wife yg baik..ble lahirkan zuriat untuk dia…ble jadi ibu yang baik utk anak2 dia…
Saya yakin setiap orang akan merasa bahagia nya sendiri…tak perlu jeles nga orang lain..Tak salah mengenang cerita2 luka lama tapi utk mempersoalkn semula kenapa cinta saya tak kesampaian bukan saya orangnya…Sedih mmg sedih tapi kalau dah orang tak nak..tak kan nak paksa2..saya pun tak suka orang paksa2 saya…
Apa2 pun..kebahagiaan itu perlu dicari..perlu diusahakan..perlu berdoa…paling penting jalani ler hidup ini dengan penuh kasih sayang dan terima ler setiap yang berlaku ada hikmahnya…
Friday, 10 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment